AstroAwani
AstroAwani

@501awani

Awani's story of the day. Watch the full story on Astro Channel 501. To share your images with us, use hashtag #AwaniNews

  • Posts3 803
  • Followers322 K
  • Following124
AstroAwani
501awani
MARAN, 29 Mac - Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (tengah) merangkap Yang Dipertua Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang menerima penghormatan daripada peserta ketika berangkat merasmikan Penutupan Perkhemahan Pandu Puteri Ranger dan Remaja Pahang di Taman Rekreasi Che Minah Sayang hari ini. Seramai 400 peserta menyertai perkhemahan tiga hari dua malam itu bagi menanam sifat cinta dan sayangkan hutan dan sungai di samping meningkatkan jati diri peserta. Foto oleh fotoBERNAMA #501AWANI #AstroAWANI #AWANInews
  • 6
  • 693
AstroAwani
501awani
KUALA LUMPUR, 29 Mac - Beberapa pelancong asing tidak melepaskan peluang mengambil gambar pesawat pejuang jenis KAI-TB50 milik Tentera Udara Republik Korea yang melakukan lintas terbang di ruang udara ibu negara hari ini. Pesawat pasukan aerobatik Black Eagles dari Korea Selatan itu melakukan lintasan antara 10.30 dan 10.45 pagi tadi di sekitar Menara Berkembar Petronas dan ibu kota. Black Eagles turut membuat pertunjukkan udara sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 di Langkawi, minggu lalu. Foto oleh fotoBERNAMA #501AWANI #AstroAWANI #AWANInews
  • 1
  • 740
AstroAwani
501awani
Pemenang anugerah heroin aksi Tan Sri Michelle Yeoh Choo Kheng menerima anugerah ketiga Legion d'Honneur dari Perancis atas sumbangannya dalam bidang kebudayaan dan industri perfileman. Beliau dianugerahi darjah 'the Commander of the Legion d'Honneur' oleh presiden Francois Hollande dalam satu majlis di kediaman duta besar Perancis di Kuala Lumpur semalam. Foto oleh fotoBERNAMA #501AWANI #AstroAWANI #AWANInews
  • 2
  • 834
AstroAwani
501awani
[VIDEO] Our journalist @rizalz sat down with @usainbolt for 10 minutes last week and discussed Bolt’s plans post–retirement, motivations and advice for young athletes. Here are the top 10 key takeaways from that interview. #AWANInews
  • 6
  • 410
AstroAwani
501awani
RESIPI ISTANA ... Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memasak hidangan popular negeri Pahang iaitu gulai ikan patin tempoyak pada program 'Moh Ke Kuantan, Air Tangan Tengku Puan Pahang' pada Tahun Melawat Pahang 2017 di Dataran Teluk Cempedak, Kuantan hari ini. Turut hadir chef selebriti, Nik Michael (kanan). Foto oleh fotoBERNAMA #501AWANI #AstroAWANI #AWANInews
  • 0
  • 569
AstroAwani
501awani
KUALA KANGSAR : Setelah hampir empat jam menunggu di hadapan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz akhirnya bertemu dengan penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad. Kedua-dua pemimpin politik tersebut dilihat bersama di sebuah gerai makan di Lembah Sungai Perak dan makan semeja sambil berbual selama setengah jam pada Sabtu. Layari www.astroawani.com untuk laporan penuh. Foto oleh fotoBERNAMA #501AWANI #AstroAWANI #AWANInews #TunM #NazriAziz #debat
  • 16
  • 634
AstroAwani
501awani
  • 1
  • 338
AstroAwani
501awani
Berita Era Digital, bersama CEO dan Ketua Pengarang Astro AWANI @suhaimisulaiman
  • 2
  • 211
AstroAwani
501awani
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kini sah menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2017-2021 hari ini. Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Kongres ke-53 FAM yang bermula 10.15 pagi di Hotel Hilton Petaling Jaya di sini. Layari www.astroawani.com untuk laporan penuh. Foto oleh fotoBERNAMA #501AWANI #AstroAWANI #AWANInews
  • 8
  • 861
AstroAwani
501awani
Cepat. Kini. Sekarang. BOOM!!! Revolusi berita bersama @suhaimisulaiman #AstroAWANI #AWANInews #KamiAWANI
  • 1
  • 203
AstroAwani
501awani
Adaptasi E-dagang oleh PKS di Malaysia, sejauh mana kesannya? Apa cabarannya? Bagaimana mahu mulakan? Niaga Kini bersama @najibaroff perniagaan tradisional yang menggunapakai platform E-dagang bagi memahami topik ini. Saksikan jam 7.15PM ini di Saluran 501 dan Astroawani.com
  • 3
  • 194
AstroAwani
501awani
BUKIT MERTAJAM: Remaja perempuan yang memandu melawan arus di Km 134 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Permatang Pauh sehingga menyebabkan kemalangan maut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini, atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah. Tertuduh, Ng Pei Ven, 19, membuat pengakuan itu dan minta dibicarakan sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan majistret Jamaliah Abd Manap. Layari www.astroawani.com untuk laporan penuh. Foto oleh fotoBERNAMA #501AWANI #AstroAWANI #AWANInews
  • 40
  • 356